Thursday, July 24, 2014

Projek A vs Projek B.

Ya.

Dalam masa terdekat ini..

aku ada 2 projek. 

Sela masa untuk projek ini tak lama. Boleh dijalankan dalam masa yang serentak. 

Cuma kena pandang bahagikan masa.

Sebab masa tak tunggu aku. Masa kena aku kejar dan manipulasi dengan bijaksana. 

Susah, tapi tak mustahil untuk kita kekang masa itu. 

Projek A

Projek ini sebenarnya aku dah dapat depositnya. RM1250. 

Jumlah keseluruhan, RM2500. 

Untuk 5 artikel yang bersandarkan pada kata kunci Spa Ampang

walaupun memang susah nak capai target ini. Aku cuba. Sebab aku dah dapat separuh upah. Aku akan dapat bakinya jika apa yang aku buat ini berjaya dilaksanakan seperti yang aku plan. 

Mudah-mudahan aku berjaya.

Plan B

Projek ini khas untuk dapatkan jualan bagi Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Memang susah sebab aku cuma tulis satu artikel yang bertajuk Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 sahaja untuk satu blog.

Blog satu lagi, aku target keyword lain. Tak boleh sama.

Nanti plan tak berapa ngam. 

Harap-harap aku dapat lakukan dan kalahkan pesaing yang lain walaupun aku tahu memang cukup susah nak lakukan semua itu. Hoho..

Kesimpulan.

Kena usaha lebih kuat berbanding dulu.

Pesaing dan protege dah lebih kurang sama kuat sahaja. 

Tuesday, July 22, 2014

Projek Spa Ampang

Ya.

Ini nama bagi projek terbaru aku.

--> Spa Ampang.

Kena buat banyak kerja yang membantu site aku dan blog aku berada diatas sekali untuk kata kunci spa ampang. Terutamanya di google malaysia.

Ini bukan satu kerja yang mudah dan aku yakin ia akan ambil masa paling cepat pun satu bulan ke tiga bulan.

harap dapat lakukan dan kena lakukan kerja pemasaran dengan lebih berkesan.



Semoga artikel-artikel itu akan membantu menaikkan kata kunci tersebut dengan cemerlang dan gemilang.

Yehh!

Sunday, July 20, 2014

Dah lama tak udpate blog ini.

Serius, kali pertama aku buat blog ini adalah untuk update semua cerita tentang program Shareasale.

Tapi memandangkan aku dah jarang promosi sangat Shareasale ni dan lebih tumpu pada program affiliate tempatan dalam 2-3 tahun yang lepas, jadi blog ini agak tergendala.

Boleh tahan lama juga tak update.

Kali terakhir, pada tahun 2008.

Sekarang ni, dah tahun 2014.

Berapa tahun tu? 6 tahun lamanya.

Memang terlupa betul dengan blog yang satu ini. Tak tahu bila ada kekuatan untuk terus update blog-blog ini.

Harap aku dapat lakukannya.

Kena kerja dengan lebih kuat sebab baru kahwin. Nanti kalau dah dapat anak, lagi banyak benda kena buat. Lagi banyak kerja kena kejar dan lagi banyak belanja yang kena aku sediakan.

Kehidupan selepas kahwin memang berbeza dengan sebelum kahwin.

Kerja kena lagi kuat dan kuat.

Harap projek Spa Ampang ini akan jadi pemangkin untuk aku terus bekerja dengan lebih kuat.

Aminn.