Friday, August 29, 2014

Projek Pakar SEO Malaysia

Ya.

Projek Pakar SEO Malaysia

Ia cuma salah satu projek gila yang telah lama diusahakan.

Memang cukup sukar untuk menjadi seorang yang cukup pakar dalam permainan SEO.

Its all about do or die.

Jika ada usaha, kita boleh berjaya.

Aku yakin, kalau cukup ramuannya, usaha ke arah itu boleh jadi kenyataan.

Walaupun masih banyak lagi projek lain yang terbengkalai.

Tapi projek SEO ini akan terus menjadi salah satu tunjang dalam hidup aku sebagai seorang blogger.

Nak cari duit dengan blog, kena ada keseimbangan dan kekuatan dalam pelbagai aspek.

Aku tidak percaya dengan talent tanpa usaha yang berterusan.

Talent is made.

Made by continuous action.

I believe I can FLY. 

Thursday, August 28, 2014

Projek bulan Ogos 2014

Ya.

Masa agak mencemburui.

Sedangkan aku cuma ada 2 tangan sahaja untuk settlekan projek-projek baru aku nih.

Harap-harap leh la buat semua walaupun hakikatnya memang tengah sakit jiwa sekarang ni.

Projek yang perlu didahulukan..



Dan sebagainya.

Pendek kata, banyak gila kerja kena buat walaupun hakikatnya aku tengok sekali imbas macam tak mampu aje.

Haha..

Takpe. Aku pasang target je dulu.

Kalau dapat, dapatlah.

Kalau tak dapat, sambung bulan depan. Haha..

Thursday, July 24, 2014

Projek A vs Projek B.

Ya.

Dalam masa terdekat ini..

aku ada 2 projek. 

Sela masa untuk projek ini tak lama. Boleh dijalankan dalam masa yang serentak. 

Cuma kena pandang bahagikan masa.

Sebab masa tak tunggu aku. Masa kena aku kejar dan manipulasi dengan bijaksana. 

Susah, tapi tak mustahil untuk kita kekang masa itu. 

Projek A

Projek ini sebenarnya aku dah dapat depositnya. RM1250. 

Jumlah keseluruhan, RM2500. 

Untuk 5 artikel yang bersandarkan pada kata kunci Spa Ampang

walaupun memang susah nak capai target ini. Aku cuba. Sebab aku dah dapat separuh upah. Aku akan dapat bakinya jika apa yang aku buat ini berjaya dilaksanakan seperti yang aku plan. 

Mudah-mudahan aku berjaya.

Plan B

Projek ini khas untuk dapatkan jualan bagi Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Memang susah sebab aku cuma tulis satu artikel yang bertajuk Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 sahaja untuk satu blog.

Blog satu lagi, aku target keyword lain. Tak boleh sama.

Nanti plan tak berapa ngam. 

Harap-harap aku dapat lakukan dan kalahkan pesaing yang lain walaupun aku tahu memang cukup susah nak lakukan semua itu. Hoho..

Kesimpulan.

Kena usaha lebih kuat berbanding dulu.

Pesaing dan protege dah lebih kurang sama kuat sahaja. 

Tuesday, July 22, 2014

Projek Spa Ampang

Ya.

Ini nama bagi projek terbaru aku.

--> Spa Ampang.

Kena buat banyak kerja yang membantu site aku dan blog aku berada diatas sekali untuk kata kunci spa ampang. Terutamanya di google malaysia.

Ini bukan satu kerja yang mudah dan aku yakin ia akan ambil masa paling cepat pun satu bulan ke tiga bulan.

harap dapat lakukan dan kena lakukan kerja pemasaran dengan lebih berkesan.



Semoga artikel-artikel itu akan membantu menaikkan kata kunci tersebut dengan cemerlang dan gemilang.

Yehh!

Sunday, July 20, 2014

Dah lama tak udpate blog ini.

Serius, kali pertama aku buat blog ini adalah untuk update semua cerita tentang program Shareasale.

Tapi memandangkan aku dah jarang promosi sangat Shareasale ni dan lebih tumpu pada program affiliate tempatan dalam 2-3 tahun yang lepas, jadi blog ini agak tergendala.

Boleh tahan lama juga tak update.

Kali terakhir, pada tahun 2008.

Sekarang ni, dah tahun 2014.

Berapa tahun tu? 6 tahun lamanya.

Memang terlupa betul dengan blog yang satu ini. Tak tahu bila ada kekuatan untuk terus update blog-blog ini.

Harap aku dapat lakukannya.

Kena kerja dengan lebih kuat sebab baru kahwin. Nanti kalau dah dapat anak, lagi banyak benda kena buat. Lagi banyak kerja kena kejar dan lagi banyak belanja yang kena aku sediakan.

Kehidupan selepas kahwin memang berbeza dengan sebelum kahwin.

Kerja kena lagi kuat dan kuat.

Harap projek Spa Ampang ini akan jadi pemangkin untuk aku terus bekerja dengan lebih kuat.

Aminn.