Sunday, July 20, 2014

Dah lama tak udpate blog ini.

Serius, kali pertama aku buat blog ini adalah untuk update semua cerita tentang program Shareasale.

Tapi memandangkan aku dah jarang promosi sangat Shareasale ni dan lebih tumpu pada program affiliate tempatan dalam 2-3 tahun yang lepas, jadi blog ini agak tergendala.

Boleh tahan lama juga tak update.

Kali terakhir, pada tahun 2008.

Sekarang ni, dah tahun 2014.

Berapa tahun tu? 6 tahun lamanya.

Memang terlupa betul dengan blog yang satu ini. Tak tahu bila ada kekuatan untuk terus update blog-blog ini.

Harap aku dapat lakukannya.

Kena kerja dengan lebih kuat sebab baru kahwin. Nanti kalau dah dapat anak, lagi banyak benda kena buat. Lagi banyak kerja kena kejar dan lagi banyak belanja yang kena aku sediakan.

Kehidupan selepas kahwin memang berbeza dengan sebelum kahwin.

Kerja kena lagi kuat dan kuat.

Harap projek Spa Ampang ini akan jadi pemangkin untuk aku terus bekerja dengan lebih kuat.

Aminn.